Selasa, 6 Mei 2014

Honda Wave




Honda Wave, juga dikenali sebagai Siri Honda NF, Honda Innova (di Eropah), dan Honda Supra (di Indonesia) adalah satu siri motosikal kapcai keluaran Honda sebagai pengganti kepada siri Honda Cub. Ia mula dilancarkan pada tahun 1995 terutamanya bagi pasaran Asia dan Eropah. Sementara model lama Honda Cub menggunakan kerangka keluli ditekan yang juga bertindak sebagai badan utama, Honda Wave menggunakan kerangka tiub keluli dan set badan yang diperbuat daripada plastik.
Honda Wave boleh didapati dalam 3 pilihan sesaran enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. Sebagai tambahan kepada 3 model yang menggunakan karburetor, Honda turut menghasilkan model suntikan bahan api 125cc yang dikenali sebagai Honda Wave 125i, motosikal kapcai pertama yang menggunakan suntikan bahan api.
Pada tahun 2006, semua model Honda Wave diberikan rupa bentuk baru yang lebih anggun dan bergaya. Selain itu, model 125cc turut mempunyai penutup slot kunci sebagai perlindungan daripada kecurian. Bermula pada tahun 2007, model Honda Innova 125 di Eropah mula menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor yang digunakan pada model-model Honda Wave yang lain.

Spesifikasi

Honda Wave 125
  • Jenis enjin: Enjin 4 lejang SOHC 2 injap sejukan udara
  • Sesaran: 124.9 cc
  • Lubang x Lejang: 52.4 x 57.9 mm
  • Kuasa kuda maksimum: 10.1 PS @ 9,500 rpm
  • Kelajuan maksimum: 136 km/j
  • Transmisi: 4 kelajuan
  • Klac: Klac empar, basah, berbilang plat
  • Sistem penghidup: Tendang dan elektrik
  • Jenis kerangka: Tiub keluli underbone
  • Gantungan (Depan): Teleskopik
  • Gantungan (Belakang): Lengan ayun
  • Brek (Depan): Cakera/Gelendong
  • Brek (Belakang): Gelendong
  • Muatan bahan api: 3.7 L
  • Sistem bahan api: Honda PGM-FI (Wave 125i dan 2007 Honda Innova 125 sahaja); karburetor (semua model lain)


Ciri-ciri Honda Wave


  • Ruang simpanan barang di bawah tempat duduk (dikenali oleh Honda sebagai U-box)
  • Brek cakera hadapan (piawaian bagi model 152cc; pilihan bagi model 100cc dan 125cc)
  • Lengan jumpelang dengan alas penggelek bagi mengurangkan geseran pada lengan jumpelang (model 125cc sahaja)
  • Omboh tugas berat bersalut seramik (model 125cc sahaja)
  • Suntikan bahan api (Wave 125i sahaja)
  • Odometer dan tolok bahan api digital (piawaian bagi model 125cc di beberapa negara seperti Thailand dan Filipina sahaja)
Honda Wave 125i Thailand

Wave 125 s




Honda wave Egypt



Honda Innova (Europe)






                                      
Supra Fit Indonesia
                                   




Supra X Indonesia












Isnin, 5 Mei 2014

RARE PORT

HWC melaka membawa kami semua ke rare port untuk membuat lawatan. Rare Port Grafix ialah sebuah kedai yang mencipta dan mendesign sticker.

Rare Port Grafix

Hotel Maicare Inn






Hotel Maicare Inn... Inilah tempat Penginapan kami untuk 3 hari 2 malam di melaka....

Pantai Pangkalan Balak, Melaka

Pantai Pangkalan Balak, Melaka

 Banana Boat... RM 10 jerk.. Jommmmmm...


 Ke tengah laut... huhuhuhu

 Terjunnn..... hahaha da macam ikan lumba2 dah.. hahahahaha

Sarapan... dulu...

3 Mei-Pantai Pangkalan Balak, Melaka. Inilah aktiviti pertama yang kita jalankan pada hari sabtu-3Mei.

Ahad, 4 Mei 2014

Wave 100R


Huhuhu... inilah wave 100r dari JOHOREAN HWC yang sampai ke MELAKA. NO. 1 dari kiri tu lah moto saya huhu. yang kedua pulak Zulhelmie. yang ke tiga pulak Fikri smith...
#KAMI RIDER TIADA BEZA

Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung, Melaka







Terbaik !!!!

Lepas makan.. lepak tepi sungai...

Makan Malam bersama HWC Malaysia.. Ikan Bakar... TERBAIK!!!

JOHOREAN HWC

JOHOREAN HWC

HWC Johor juga turut menyertai Gathering HWC di Melaka.